Petua Suri - 300609




JARUM TIDAK MUDAH PATAH


Rendamkan semua jarum dalam bekas yang berminyak selama sehari. Selepas itu barulah digunakan. InsyaAllah jarum mudah ddigunakan dan tidak mudah patah.


MENYIMPAN GULA



Mungkin ada sesetengah surirumah selalu pening kepala apabila gula mudah lembab. Bagaimana petuanya? Mudah sahaja. Letakkan bersama roti ke dalam balang gula. Ini kerana roti akan meresap lembapan. Pastikan juga roti sering ditukar dalam tempoh waktu tertentu.

Penerbit : DjJulia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 290609




MEMBERSIHKAN KOTORAN PADA SIPUT SEDUT


Rendamkan siput sedut dalam air garam semalaman bagi mengeluarkan segala selut dan kotoran. Keesokannya, barulah dipotong ekornya dan dibersihkan.



MENYEDAPKAN KERANG REBUS




Rebuskan kerang bersama garam tanpa menambah sedikitpun air. Ini kerana kandungan air di dalam kulit kerang sudah memadai untuk memasaknya. Hasilnya, rasa kerang akan lebih manis.

Penerbit : DjJulia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 230609




MELEGAKAN DEMAM

Perubahan cuaca kadangkala memberikan kesan terhadap kesihatan kita terutamanya demam. Dua petua ini anda boleh cuba untuk meredakan demam.

1. Ramas beberapa helai daun bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh bahagian kepala terutamanya ubun- ubun dan ulangi hingga panas kebah.

2. Ramas sebuku asam jawa dengan sedikit air. Kemudian lumurkan di bahagian ubun-ubun kepala dan ulanginya beberapa kali.




TEMPE TAHAN LAMA

Bagi usahawan tempe atau bagi anda yang selalu membuat tempe sendiri, ada petua untuk tempe tahan lebih lama, tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet. Caranya, ketika membungkusnya pastikan tidak ada ruang di dalam bungkusan tersebut. Ini kerana kehadiran udara di dalam tempe bukan sahaja memudahkan tempe mudah dihinggapi kulat malah rasanya juga akan bertukar.

Penerbit : DjJulia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 220609


SISIK IKAN MUDAH TANGGAL

1. Sebelum menyiang ikan, perahkan asam limau ke atas ikan kemudian perapkan seketika. Cara ini mampu memudahkan anda menyiang ikan selain sisik mudah tanggal.

2. Rendamkan dahulu ikan ke dalam air beberapa ketika sebelum disiang





PEDIH MATA TERKENA CILI

Jika mata anda pedih kerana terkena cili ketika menumbuk, cuba petua mudah ini, kunyah secubit garam kasar. InsyaAllah akan beransur pulih sedikit demi sedikit

Penerbit : DjJulia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS