Petua Suri - 241109

HILANGKAN KEBAS KAKI


Jika anda duduk dalam jangka masa terlalu lama, mungkin ada yang mengalami kebas kaki atau semut-semut. Untuk cepat menghilangkan kebas kaki, ambil duit syiling dan kepitkan di antara jari pada kaki yang kebas. Insyaallah kebas akan hilang dalam masa yang singkat.


MENYIMPAN ALATAN YANG MUDAH KARAT

Basuh peralatan dengan bersih kemudian jemur di tempat panas. Sapukan dengan minyak rata-rata terlebih dahulu sebelum disimpan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 231109

JIKA KASUT BERBAU



Kaki yang sering berpeluh akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Bukan sahaja anda tetapi rakan-rakan sekeliling mungkin. Anda boleh cuba petua mudah ini untuk menghilangkan bau pada kasut. Taburkan serbuk kopi ke dalam kasut dan biarkan semalaman. Cucilah seperti biasa pada keesokan harinya. Sebelum itu, pastikan kasut anda tahan lasak dan boleh direndam atau dibasuh.

MENANGGALKAN PELEKAT



Jika membeli barangan kaca seperti gelas atau pinggan mangkuk, pastinya sukar untuk menanggalkan label yang digamkan. Cara mudah, ambil kain dan sedikit penanggal cat kuku lalu gosoklah pada barangan kaca yang terlekat label tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 171109

MENJAGA PARANG



Sebelum menyimpan parang, anda hendaklah mencuci parang tersebut dengan bersih terlebih dahulu. Kemudian, sapukan minyak kelapa pada mata parang di kedua-dua belah bahagian.


HILANGKAN MENDAPAN PADA CEREK



Didihkan campuan air dan cuka yang sama kuantitinya ke dalam cerek. Lihatlah kesannya. Pasti anda puas hati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 161109

IKAN KELI GORENG TIDAK BERMINYAK



bagi mengelakkan ikan keli goreng berminyak, masukkan dua sudu tepung gandum ke dalam minyak yang telah cukup panas. Kemudian, goreng ikan keli seperti biasa. Ikan bukan sahaja tidak berminyak seperti selalu malahan lebih rangup dan garing.


TEMPOYAK TAHAN LAMA



Tempoyak memang sedap bagi mereka yang beminat. Untuk tempoyak tahan lama, masukkan beberapa tangkai cili api ke dalam bekas menyimpan tempoyak. Gaulkan agar sebati dan tutup rapat penutup bekas tersebut. Tempoyak akan tahan selama setahun tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti ais.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 101109

MENGHILANGKAN MINYAK PADA KAIN

Pening bila kain terkena minyak dan meninggalkan kesan? Petua mudah untuk menghilangkannya. Basuh kain dengan air sabun. Perah dan jemur sehingga kering. Kemudian bilas semula dan anda akan nampak perubahan pada kain tersebut.




MENANGGALKAN LILIN DARI BEKAS

Cuba masukkan bekas tersebut ke dalam peti sejuk selama beberapa jam. Cairan lilin yang membeku itu akan lekang daripada bekas dan memudahkan anda untuk menanggalkannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 091109

PETUA HILANGKAN SERAK

1. Ramas sebuku asam jawa dengan segelas air sejuk. Embunkan semalaman atau masukkan ke dalam peti sejuk. Minumlah dua kali sehingga serak hilang.

2. Kisar dua biji bawang yang telah dibuang kulit sehingga hancur. Tapiskan air dan diminum sekadar tiga sudu besar. Minum dua kali sehari selama dua hari berturut-turut.


MENGHILANGKAN KESAN TAHI LALAT

Rendamkan pakaian ke dalam air yang bercampur dengan cuka semalaman. Esoknya cucilah dengan sabun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 031109

MENGHILANGKAN KESAN KUNYIT PADA LESUNG BATU

Goreng sedikit beras kemudian tumbuk di dalam lesung hingga halus. Kesan kunyit akan melekat pada beras dan hilang.



MENGHILANGKAN KRIM KEK PADA PINGGAN


Pinggan atau bekas yang terkena krim kek hendaklah disiram terlebih dahulu dengan air panas. Setelah itu, cucilah seperti biasa dengan air dan sabun

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 021109

TEPUNG GORENGAN LEBIH RANGUP


1. Campurkan dua sudu makan minyak masak di dalam bancuhan tepung untuk menggoreng. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya gorengan lebih enak dan rangup.

2. Bancuh tepung bersama air sehingga sebati. Masukkan dua sudu besar minyak panas dalam bancuhan tepung hingga rata, kemudian barulah digoreng.


SAYUR TIDAK CEPAT LAYU



Bungkus sayur ke dalam surat khabar yang telah dilembapkan. Hasilnya sayur lambat layu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 271009

HILANGKAN BAU PETI SEJUK

Cara mudah dan murah untuk menghilangkan bau peti sejuk, ambil sekeping roti dan letakkan di dalam peti sejuk untuk menyerap segala bau dalam peti sejuk.


PULUT NAMPAK BERKILAT

Sebelum merebus pulut, rendamkan terlebih dahulu ke dalam air kelapa selama sejam. Hasilnya, pulut akan nampak berkilat dan menarik ketika dihidangkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 261009

MELAZATKAN SAMBAL TUMIS


1. Tambahkan sedikit santan pekat dan madu ke dalam sambal yang sedang ditumis. Patinya sambal tumis lebih enak.

2. Perahkan dua biji limau kasturi ke dalam sambal tumis yang sedang mendidih. hasilnya sambal tumis lebih enak dan lebih merah warnanya.


SANTAN TAHAN LAMA

1. Perah kelapa dengan menggunakan air masak. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan sedikit garam. Masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak. Biarkan sejuk dan Simpan di tempat kering.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 201009

CARA MENYIMPAN UDANG

Udang jika tidak disimpan dengan betul akan cepat busuk dan meninggalkan bau yang kurang enak. Cuci udang sehingga bersih dan sejatkan airnya. Gaulkan udang dengan sedikit gula dan simpankan udang dalam bekas yang tertutup rapat.

HINDARI BAU BUSUK KULIT UDANG

Siramkan kulit udang dengan air panas kemudian barulah dibungkus dan diikat ketat sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 191009

MENGURANGKAN MASIN IKAN KERING


1. Bungkuskan ikan masin dalam surat khabar kemudian rendam dalam air selama 5 minit. Insyaallah ikan masin akan sesedap rasa.

2. Rendam ikan masin dalam air beras, kemudian basuh dengan air biasa sebelum dimasak atau digoreng.


CARA MENYIMPAN IKAN PEKASAM

Masukkan beberapa helai daun nangka ke dalam bekas berisi ikan pekasam. Cara mudah ini dapat menghindari ikan pekasam daripada dihinggapi lalat yang boleh mencemar dan merosakkan ikan pekasam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 131009

HILANGKAN KUNING KUNYIT PADA TANGAN


Ambil sesudu teh kapur dan sapukan pada tangan anda, Selepas itu basuhlah dengan sabun dan cucilah dengan air biasa.


MENGENAKKAN IKAN KERING GORENG


1. Untuk mengelakkan ikan kering hancur ketika digoreng, Lumurkan sedikit tepung sebelum digoreng. Hasilnya ikan kering akan lebih enak dan lemak.

2. Masukkan perahan limau ketika merendam ikan kering, kemudian masukkan beberapa helai daun kari. Ikan kering akan lebih wangi dan enak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 121009

AYAM PANGGANG CEPAT MASAK


Sebelum memanggang, perap ayam terlebih dahulu kemudian rebus ayam bersama bahan rempah sehingga separuh masak barulah dipanggang.


AYAM GORENG YANG ENAK



1. Perapkan ayam dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk, selama sejam. Gaulkan bersama bancuhan tepung beras bercampur secubit garam. Ketika menggoreng, masukkan sekali tiga keping asam gelugur dan goreng ayam sehingga garing.

2. Perapkan ayam dengan serbuk bawang putih bercampur perasa secukupnya. Selepas itu kukus atau rebus( setengah masak) dengan air yang sedikit. Angkat dan toskan kemudian barulah digoreng.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 061009

HILANGKAN HANYIR HATI AYAM


Bersihkan hati ayam dengan tepung gandum. Setelah dibersihkan dengana air, Gaulkan pula dengan gula pasir dan perap selama 10 minit.


MASAKAN TIDAK MELEKAT PADA KUALI


Sebelum menggoreng ikan, ayam atau tauhu, taburkan dahulu sedikit garam dalam minyak yang panas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 080909

DAGING GORENG TIDAK BERMINYAK

Potong daging tebal-tebal sebesar tapak tangan. Campurkan dengan garam dan kunyit, perapkan dan goreng dengan api kecil agar daging betul-betul masak. Apabila daging masak, barulah dipotong kecil-kecil. Hasilnya daging tidak lagi berminyak dan rasanya seperti daging bakar.


MENYEDAPKAN IKAN BAKAR

Perapkan ikan dengan sedikit asam jawa dan air. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibakat atau dipanggang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 070909

AYAM TIDAK MELEKAT DI KUALI

Campurkan asam gelugur di dalam minyak panas. Biarkan ayam beberapa ketika sebelum dibalik-balikkan. Hasilnya, bukan sahaja tidak melekat tetapi lebih garing.


AYAM GORENG YANG ENAK

1. Perapkan ayam dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk selama satu jam. Gaulkan dengan bancuhan tpung beras bercampur secubit japur sireh. Dalam minyak, bubuhkan tiga keping asam gelugur. Goreng ayam sehingga garing.

2. Perapkan ayam dengan serbuk bawang putih bercampur perasa secukupnya. Selepas itu, kukus atau rebus (setengah masak) dengan air yang sedikit. Angkat dan toskan kemudian barulah digoreng dalam minyak yang penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 010909

MASAKAN TIDAK MELEKAT PADA KUALI

Menggoreng ikan selalunya melekat pada kuali. Satu petua mudah untuk mengelakkan masakan melekat pada kuali, sebelum menggoreng ikan, ayam atau tauhu, taburkan dahulu sedikit garam dalam minyak yang panas.


CARA PANTAS GORENG AYAM

Tidak mahu menunggu masa lama untuk menggoreng ayam? Cuba masukkan sedikit perahan limau nipis ke dalam minyak yang sedang panas agar ayam yang digoreng cepat garing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 250809

HILANGKAN HANYIR HATI AYAM

Ramai yang sukakan hati ayam kerana dikatakan mampu menambah darah. Untuk menghilangkan bau hanyir hati ayam, bersihkan dahulu dengan tepung gandum, kemudian barulah dibersihkan dengan air. Gaulkan pula dengan gula pasir dan perapkan selama 10 minit.


MENGHIRIS DAGING

Ada juga surirumah yang pening setiap kali hendak menghiris daging. Untuk menghiris daging dengan mudah, cuba petua ini. Masukkan daging yang telah dibasuh bersih ke dalam peti sejuk. Biarkan selama sejam, kemudian keluarkan dan hiris mengikut jalur melintang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 240809

MELEMBUTKAN PERUT LEMBU

Memasak perut lembu memang mengambil masa yang lama. Cara yang paling berkesan dan mudah, masukkan sekali sudu ke dalam periuk ketika merebus.


MEMBUANG LEMAK AYAM

1. Ketika mencuci ayam, gaulkan dengan daun pisang yang telah disiat-siat atau boleh gunakan daun lalang. Ini bertujuan untuk menghilangkan lemak dan bau ayam.

2. Gaul dan perapkan daging ayam dengan tepung gandum selama setengah jam, sebelum memasaknya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 100809

MENGATASI ANGIN PUCUK UBI

Mungkin ramai yang sukakan masak lemak pucuk ubi tetapi risaukan akan anginnya. Apa kata cuba petua ini. Ramaskan pucuk ubi dan rendam seketika bersama garam. Selepas itu, barulah dimasak tanpa mencelurnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 100809

MENGHILANGKAN GETAH PADA TANGAN

1. Belah dua biji limau purut. Kemudian gosokkan tangan anda. Cara ini juga dapat melembutkan tangan.

2. Bersihkan tangan dengan sedikit asam jawa dan titikkan minyak tanah. Kemudian, gosokkan pada kedua-dua belah tangan.

3. Ramaskan tangan ke dalam timbunan beras. Kemudian gosok kedua-dua telapak tangan sehingga getah yang melekat hilang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 050809

PETUA MUDAH BERSIHKAN PERABOT

Sarungkan stokin pada tangan anda dan celupkan bahan cucian. Gosokkan ke celah-celah ukiran perabot yang sukar dicapai. Kotoran pada perabot akan tanggal dengan mudah.


MENGILATKAN PERABOT LOGAM

Rendamkan barangan dalam air yang dicampurkan beberapa keping asam gelugur dan sesudu kecil cuka. Cuci dan bilas dengan air. Lapkan hingga kering sebelum disimpan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 040809

KACANG REBUS LEBIH ENAK

Rendamkan kacang semalaman ke dalam air yang bercampur dengan sedikit kapur sireh.S elepas itu, cuci dengan air bersih dan toskan. Rebus kacang tersebut dalam air yang telah bercampur dengan sedikit garam pada api yang sederhana


HILANGKAN BAU TANGAN SELEPAS MAKAN

Hiris dua biji limau kasturi dan perah sedikit ke dalam air basuh tangan. Masukkan sekali limau tersebut. Selepas makan, basuh tangan menggunakan air basuh tangan yang telah dicampur dengan perahan limau tadi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 030809

MEMBERSIHKAN PERIUK HANGUS

Ada beberapa petua yang anda boleh cuba untuk membersihkan periuk yang hangus:
1. Sapukan asam jawa dan pasirpada periuk dan gosok dengan sabut kelapa atau span. kemudian, gosok pula denan menggunakan sabun mandi dan span. Bilas bersih dan keringkan. Periuk akan berkilat.

2. Tuangkan larutan cuka yang dicampur dengan secamca garam ke dalam periuk. Biarkan semalaman, esoknya baru buangkan larutan tadi dan basuh periuk sebersih-bersihnya..

3. Campurkan sedikit sebuk penaik bersama sedikit air di dalams ebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam. Kemudian bolehlah digunakan untuk mencuci periuk seperti biasa.

4. Ambil beberapa keping kulit nenas dan jerangkan bersama air di dalam periuk hangus tadi. Selepesa mendidih, bilaslah periuk menggunakan air sabun.


PENUTUP BOTOL PLASTIK MUDAH DIBUKA

Jika anda mengalami masalah untuk membuka penutup botol plastik, cuba petua mudah ini. Ambil beberepa getah gelang. Lilitkan pada penutup botol dan pusingkan penutupnya. Mudah bukan!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 280709

KENTANG ELAK NASI LEMBIK

Jika nasi yang dimasak lembik, cuba ambil beberapa biji kentang, buang kulit dan potong kecil. masukkan kentang ke dalam nasi lembik tadi dan tutup periuk nasi. Lima minit kemudian, barulah dibuka dan keluarkan kentang tersebut.

CEREK KELIHATAN BARU

Masukkan dua hingga tiga sudu soda bikarbonat ke dalam cerek. Tuangkan sedikit air suam dan goncang sekuatnya. Kemudian bilas dengan air. Hasilnya warna keperangan itu akan hilang dengan sendirinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 270709


DAUN KARI ATASI HANYIR IKAN SUNGAI

Ikan sungai memang enak dimakan tetapi baunya yang hanyir menyebabkan ramai yang enggan menikmati masakan ikan sungai. Cara mudah untuk mengatasi bau tersebut, gunakan tujuh tangkai daun kari. Ramaskan daun tersebut dan perapkan dengan ikan selama satu jam.. InsyaAllah, ia mampu atasi hanyir ikan sungai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 210709

CILI JERUK TAHAN LAMA

Celurkan cili yang telah dihiris ke dalam air panas. Biarkan semalaman, kemuan toskan air cili tersebut hingga kering., kemudian campurkan sedikit cuka, air masak dan masukkan ke dalam bekas yang bertutup.

MENGELAKKAN RASA LIDAS

Pasti ada yang rasa kurang selesa selepas memakan buah nenas apatah lagi dalam jumlah yang banyak, pasti lidah akan terasa lidas. Untuk mengatasinya, kupas buah nenas dan basuh hingga bersih. Setelah agak kering, lumurkan dengan sediit garam ke seluruh bahagian buah nenas termasuklah yang sudah dipotong. Pasti anda dapat menikmatinya tanpa gangguan rasa lidas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 200709

MEMBERSIHKAN SAYUR


Rendamkan sayur-sayuran yang baru dibeli dalam besen selama lima minit. Selepas itu, basuh sayur satu persatu di bawah aliran air bersih. Pasti segala pasir dan kotoran jatuh dengan sendiri..


MEMBERSIHKAN LANTAI BILIK MANDI



Masak secerek air hingga mendidih. Campurkan dengan dua atau tiga senduk garam. Setelah garam larut, pindahkan ke dalam baldi. Siramkan ke atas lantai bilik mandi sedikit demi sedikit sambil memberus. Seeloknya siram ketika air bercampur garam tersebut masih panas.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 140709

TERBELI IKAN YANG SUDAH BERBAU



Tumbuk kunyit hidup hingga lumat, kemudian lumurkan pada ikan. Kemudian, rebius ikan tadi bersama daun kunyit. Hasilnya, bukan sahaja hilang bau busuk, tetapi ikan akan menjadi lebih enak.

MENGHILANGKAN KESAN TAHI LALAT


Cuba rendamkan pakaian ke dalam air yang bercampur dengan cuka semalaman, esoknya cucilah dengan sabun. Cubalah petua tradisi yang mudah ini untuk menghilangkan kesan tahi lalat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 130709





MERAWAT CAGU KUKU



1. Tumbuk halus segenggam daun inai kemudian balutkan pada ibu jari kaki atau tangan yang bengkak. Biarkan kering, barulah buangkan indai dan cucilah dengan air suam.

2. Ambil dua sudu cuka dan siramkan pada kaki yang terkena cagu. Lakukan berulang kali dalam masa seminggu.

3. Perahkan sedikit air limau kepada kuku yang mencengkam pada daging yang terkena cagu. Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh potonglah kuku yang termasuk daging tersebut. Lakukan dua kali sehari.


MENGURANGKAN MASIN IKAN KERING



1. Bungkus ikan masin dalam surat khabar kemudian rendamkan di dalam air selama lima minit. Insyaallah, ikan masin akan sesedap rasa.

2. Rendam ikan kering di dalam air beras, kemudian basuh dengan air biasa sebelum dimasak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 070709

PERUT LEMBU CEPAT MASAK


Jika anda inginkan perut lembu cepat masak, apa kata anda cuba petua ini. Tambahkan dengan segenggam beras ketika merebusnya. Biasanya ia akan lembut dalam masa kira-kira setengah jam sahaja.


MELEMBUTKAN DONUT



Rebus dua atau tiga biji ketang. Lenyekkan ubi kentang yang direbus ke dalam bancuhan tepung. Pasti donut tetap lembut walaupun sudah sejuk

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 060709

UBI KAYU HILANGKAN HANYIR


Selepas menyiang ikan, sudah pasti tangan turut berbau hanyir dan kurang menyenangkan. Untuk menghilangkannya, cuba ambil isi ubi kayu yang telah diparut dan ramaskan pada tangan. InsyaAllah bau hanyir ikan tadi akan hilang



BERSIHKAN TANDA HANGUS PADA PERIUK



Masukkan sedikit serbuk penaik dan sedikit air ke dalam periuk. Biarkan untuk beberapa jam dan kemudian bersihkan periuk seperti biasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 300609




JARUM TIDAK MUDAH PATAH


Rendamkan semua jarum dalam bekas yang berminyak selama sehari. Selepas itu barulah digunakan. InsyaAllah jarum mudah ddigunakan dan tidak mudah patah.


MENYIMPAN GULA



Mungkin ada sesetengah surirumah selalu pening kepala apabila gula mudah lembab. Bagaimana petuanya? Mudah sahaja. Letakkan bersama roti ke dalam balang gula. Ini kerana roti akan meresap lembapan. Pastikan juga roti sering ditukar dalam tempoh waktu tertentu.

Penerbit : DjJulia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS