Petua Suri - 050110

TERKENA MINYAK ATAU AIR PANAS

1. Gosokkan bahagian yang terkena air panas tersebut dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

2. Kacau sebiji telur, kemudian sapukan pada tempat yang terkena panas dengan menggunakan kapas. Apabila kering, sapukan kembali.

3. Sapukan getah pelepah pisang ke bahagian yang melecur, sapukan dengan rapi dan merata. Jauhkan bahagian yang melecur daripada terkena air kerana ia akan menyebabkan bahagian tersebut melepuh.

4. Tampalkan sesudu kopi serta merta ke bahagian yang melecur. Anda akan merasa pedih sedikit. Selepas 10 minit barulah dibersihkan. Anda akan dapati kulit anda tidak melepuh.

5. Ambil kapur sireh dan oleskan ke bahagian yang melecur. Setelah kering, sapukan lagi. Anda akan terasa sejuk dan selesa tanpa meninggalkan parut.

6. Sapukan sedikit lendir daun lidah buaya. Sapukan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat.

7. Selain itu, cara paling mudah sapukan kawasan yang melecur tersebut dengan ubat gigi serta merta selepas terkena minyak atau air panas.

Selamat mencuba! - Juliyana Hussain


BENGKAK AKIBAT TERJATUH

Anda boleh cuba petua mudah ini, campurkan asam jawa dan garam dengan sedikit air kemudian sapukan pada tempat yang benjol atau bengkak. Insyaallah, dalam beberapa minit, bengkak akan susut. Bagaimanapun, jika bengkak yang dialami serius, teruslah dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan.

Selamat mencuba! - Juliyana Hussain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment