Santan Lazatkan Tauhu Goreng


Bagaimana agaknya untuk melazatkan tauhu goreng? Ada yang suka menjamahnya dengan cicahan kicap. Bagi melazatkan tauhu goreng, campurkan sedikit serbuk perasa ke dalam santan. Rendamkan tauhu di dalam santan. Biarkan selama 10 minit. Tos dan kemudian goreng seperti biasa. Pasti lazat!

Disediakan oleh: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Tidak Mudah Pecah



Puding sering tidak menjadi? Ada petua mudah untuk anda cuba agar puding tidak mudah pecah. Caranya, ketika memasak puding, sebelum agak pekat, masukkan tiga ketul gula batu. kemudian masaklah seperti biasa. Selamat mencuba!

Disediakan oleh: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MERASA GARAM DALAM MASAKAN


Memasak dalam bulan Ramadan pasti mencabar. Namun jangan risau kerana ada cara mudah untuk anda mengetahui bahawa anda telah memasukkan garam secukupnya atau sebaliknya. Caranya, letakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah tidak meleleh, menandakan masakan anda sudah cukup masinnya. Tetapi jika jari terasa perit, bermaksud masakan anda terlebih garamnya.

Disediakan oleh: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TELUR REBUS SENANG DIKUPAS

Telur, jika tidak dikupas dengan betul pasti akan terkoyak bersama dengan isinya. Untuk mendapatkan telur yang mudah dikupas, apa kata cuba dua petua mudah ini.

i. Merebus telur dengan cuka.
ii. Rendam telur yang telah direbus ke dalam air.

Pasti mudah mengupasnya.

Disediakan oleh: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HILANGKAN LENDIR BENDI


Ada yang kurang menggemari lencir bendi. Bagaimana cara untuk menghilangkannya? Cuba petua ini. Masak bendi seperti biasa tetapi sebelum diangkat, masukkan asam keping ke dalam masakan. Selepas itu, ambil asam keping tersebut dan buangkannya.

Disediakan oleh: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERBELI IKAN YANG SUDAH BERBAU


1. Tumbuk kunyit hidup hingga lumat dan lumurkan pada ikan.

2. Kemudian rebus ikan tadi bersama daun kunyit.

3. Hasilnya bukan sahaja hilang bau, tapi lebih enak jadinya.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MELEMBUTKAN AYAM TUA


1. Masukkan seruas tebu ketika sedang memasaknya. Atau, bunjutkan satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa atau kain putih. Masukkan bunjut tersebut ke dalam periuk semasa memasaknya.

2. Carik-carikkan daun pisang abu. Kemudian masukkan ke dalam masakan tersebut.

3. Potong ayam dalam bahagian yang kecil. Selepas itu, rebus dengan air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan bolehlah dimasak ayam tersebut. Dan bolehlah dimasak ayam tersebut.

4. Kisarkan sepotng buah nanas sehingga halus. Kemudian perapkan dengan ayam yang sudah dipotong seama 15 minit. Selepas itu, barulah dibersihkan ayam tersebut dan masak seperti biasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MEMBERSIHKAN SOTONG


1. Masukkan sotong tersebut dalam air beras, biarkan selma 10 minit. Anda akan dapati kulit sotong menjadi lekang , senang dicuci serta baunya juga akan hilang.

2. Rendam sotong bersama surat khabar. Kemudian ramaskan surat khabar pada badan sotong. Pasti kulitnya mudah keluar dan sedia untuk dicuci.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENGURANGKAN TULANG IKAN TERUBUK


1. Setelah membersihkan ikan terubuk, pegang kepala dan ekornya.

2. Kemudian, tarik kedua-duanya secara serentak.

3. Pada masa itu, ia akan berbunyi "krak". Ini menandakan tulang ikan tersebut telah tersusun rapat.

4. Apabila kita makan, tulang tersebut akan berkurangan dan kita akan dapat merasai keenakannya.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HILANGKAN HANYIR IKAN AIR TAWAR


1. Setelah ikan disiang dan dicuci bersih, lumurkan dengantepung gandum atau tepung beras. Gaulkan rata dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air bersih.

2. Siangkan ikan, kemudian gaulkan dengan segenggam daun senduduk atau daun serai beberapa minit. Akhir sekali, cuci dengan air bersih.

3. Ambil beberapa helai daun kaduk dan daun kesom dan dimasak bersama-sama ikan air tawar. Bau hanyir ikan itu akan hilang dengan sendirinya.

4. Ramas daun pisang kelat bersama ikan serta sedikit garam dan air. Kemudian basuh dengan menggunakan air bersih.

5. Ramas beberapa genggam daun jambu batu dalam sebesen air. Kemudian rendam ikan air tawar itu dalam air bercampur ramasan daun tadi.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENGURANGKAN MASIN IKAN KERING


1. Bungkus ikan masin di dalm surat khabar kemudian rendamkan di dalam air selama lima minit. Insya Allah ikan masin tersebut akan sesedap rasa.

2. Rendam ikan kering itu dalam air beras, kemudian basuh dengan air biasa sebelum dimasak.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbt: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA ATASI NASI LEMBIK


1. Letakkan beberapa helai surat khabar di atas periuk nasi. Kemudian tutup pula dengan tudung periuk. Kecilkan api dan tunggu hingga airnya beransur kering.

2. Hiriskan sebiji kentang yang telah dibuang kulitnya. Masukkan ke dalam nasi yang lembik tadi. Biarkan selama lima minit kemudian angkat.

3. Masukkan roti bantal ke dalam nasi lembik itu. Jumlahnya bergantung pada kelembikan nasi tersebut.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ELAKKAN BERAS DARIPADA BUBUK ATAU KUTU BERAS


1. Masukkan beberapa biji bawang putih tanpa dikupas kulitnya bersama dengan beras.

2. Masukkan beberapa helai daun limau atau daun nangka agar beras boleh tahan lama.

3. Masukkan beberapa pelepah daun belimbing yang di bersihkan dan dikeringkan.

4. Masukkan 6 tangkai lada kering ke dalam simpanan beras.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENGHILANGKAN GETAH PADA TANGAN


1. Belah dua biji limau purut. Kemudian gosokkan tangan anda. Cara ini juga dapat melembutkan tangan.

2. Bersihkan tangan dengan sedikit asam jawa dan titikkan minyak tanah. Kemudian, gosokkan pada kedua-dua belah tangan. Hasilnya tapak tangan akan kembali bersih.

3. Ramaskan tangan ke dalam timbunan beras. Kemudian gosok kedua-dua telapak tangan sehingga getah yang melekat hilang.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ELAK NASI LEMAK CEPAT BASI


1. Gunakan air masak ketika memerah kelapa yang telah dikukur.

2. Setelah itu, jerangkan nasi pada api yang sederhana dan masak dengan sempurna.

3. Hasilnya nasi lemak tidak cepat basi dan tahan sepanjang hari.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA MENYIMPAN IKAN AGAR SENTIASA DI ATAS AIS TANPA PETI AIS

1. Isi bekas dengan ais yang telah dihancurkan agar mudah cair. Tebuk lubang di bawahnya.

2. Isi ikan dengan menghalakan perut ke bawah seolah-olah ikan sedang berenang.

3. Letakkan bekas tadi ke dalam bekas yang lebih besar. Pastikan bekas tidak terkena lantai bekas yang lebih besar. Anda boleh meletakkan seseuatu di antara kedua-dua bekas. Kemudian tutup.

4. Kaedah ini boleh memelihara kesegaran ikan selama seminggu hingga 10 hari. Apabila ais cair, gantikan dengan ais baru. Buang air ais yang telah cair ke bawah.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENCEGAH AGAR TIDAK MELECUR SEMASA BERADA DI DAPUR


1. Gunakan kain kering semasa memegang tangkai periuk yang panas.

2. Jangan masukkan terlampau banyak bahan-bahan memsak ke dalam kuali atau periuk semsa memasak, untuk mengelakkan daripada melimpah. Gunakan saiz periuk yang sesuai dengan sukatan makanan.

3. Minta bantuan rakan-rakan untuk mengangkat periuk yang panas dan berat.

4. Berhati-hati semasa membuka tudung kukusan yang panas.


Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA MEMILIH IKAN SEGAR


1. Mata jernih. JIka mata ikan sudah tidak jernih, masih boleh dimakan, tetapi bukan lagi segar.

2. Insang berwarna merah jambu dan lembap.

3. Isi pejal.

4. Tidak berbau dan hanya berbau laut.

5. Sisik dan badan bersinar. Sisiknya tidak tertanggal.

6. Perut ikan tidak kembung atau kecut.


Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA MENYMPAN AYAM


1. Lap ayam dengan kain kering dan asingkan hempedal ayam.

2. Balut secara agak longgar dengan menggunakan kepingan aluminium atau kertas minyak.

3. Simpan ayam di dalam beberapa bungkusan.

4. Untuk pengetahuan semua seekor ayam dapat bertahan selama 12 bulan apabila disimpan, manakala 6 bulan bagi bahagian ayam dan 3 bulan bagi hempedalnya dengan menggunakan cara ini.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA MEMILIH AYAM



1.Daging yang gebu. Jika ayam yang berkulit, pastika kulitnya lembab dan masih melekat.

2. Jangan beli ayam yang berbulunatau pangkal bulu.

3. Jangan beli ayam yang yang kering dan bertompok-tompok.

4. Jika ayam beku, pilih daging beku.

5. Jangan beli ayam yang berais merah jambu kerana ini menunjukkan ayam ini dinyahbeku dan dibeku semula.


Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS HILANGKAN BAU HAMIS DAGING


1. Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih . Tuangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk hingga buihnya habis.

2. Selain itu, ambil beberapa helai pucuk daun jambu batu, ramaskan sedikit dan toskan. Tuangkan air tos tadi di atas daging dan ramaskan. Tumbuk sedikit halia dan bawang putih. Perapkan daging seberapa seketika.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS KEK KRIM KEJU


1. Biarkan krim keju dan telur bersaiz AA dalam suhu bilik untuk medapatkan adunan yang lembut.

2. Potong krim keju kepada beberapa potongan kiub agar mudah lembut.

3. Jangan guna krim keju rendah lemak atau tanpa lemak kerana kek akan menjadi liat dan rapuh.

4. Jangan pukul adunan terlalu lama kerana banyak udara dalam adunan yang akan menyebabkan kek rapuh.

5. Jangan buka ketuhar dalam 30 minit pertama kerana kek mudah retak dan bantat.


Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA PENYIMPANAN REMPAH SUPAYA SENTIASA SEGAR DAN BERAROMA


1. Untuk rempah giling lebih baik disimpan di dalam peti sejuk berbanding disimpan dalam suhu bilik.

2. Serai, daun limau dan daun kari hendaklah dibungkus dengan kertas minyak dan disimpan di dalam peti sejuk.ia boleh tahan sekurang-kurangnya dua minggu.

3. Cili kering diremdam dengan air panas, ditapis dan dikisar kemudian ditumis lalu biar renehkan selama 30 minit. kemudian masukkan sedikit garam dan air limau nipis. selepas itu, dibiarkan sejuk dam disimpan di dalam peti sejuk. ia boleh bertahan selama 3 hingga 6 bulan.

4. Halia, kunyit dan lengkuas yang dibungkus dengan kertas minyak dan disimpan di dalam bekas bersih yang tertutup, boleh tahan sekurang-kurangnya 3 minggu.

5. Ingat serbuk rempah akan bertukar kesegaran warna dan aroma setelah disimpan lebih daripada 5 hingga 6 bulan.


Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA MENYIMPAN IKAN DI DALAM PETI AIS


Ikan yang telah disiang dan dibersihkan jika tidak disimpan dengan baik dan betul akan cepat busuk. Cara terbaik untuk menyimpan ikan di dalam peti ais :

i. Lap ikan dengan kain bersih.
ii. Balut ikan dengan kertas minyak.
iii. Isi dalam bekas dan masukkan dalam peti ais.
iv. Udara ialah perosak ikan. Balut ikan dengan plastik pembalut.

Disediakan oleh : Epy UKM
Penerbit : Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 190410

MEMBUANG LEMAK AYAM

1. Ketika mencuci ayam gaulkan dengan daun pisang yang telah disiat-siatkan atau anda boleh gunakan daun lalang. Ini bertujuan untuk menghilangkan lemak dan bau ayam.

2. Gaul dan perapkan daging ayam dengan tepung gandum selama setengah jam, sebelum memasaknya.


CEKODOK @ JEMPUT JEMPUT LEBIH LEMBUT

1. Ketika membancuh tepung bersama ramuan cekodok, tambahkan sedikit air suam dan sebiji telur ayam. Kacau perlahan-lahan hingga sebati barulah digoreng.

2. Cuba masukkan sedikit air perahan limau nipis ke dalam adunan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 010310

MENGHILANGKAN BAU CAT BASAH

Tuangkan setengah gelas cuka putih dalam mangkuk kecil dan letakkannya di tengah-tengah ruang. Cuka akan menyerap bau menyengat tersebut.

MENGELAKKAN BAU ASAP ROKOK

Pasang lilin di tempat-tempat yang berbau asap rokok. Biarkan lilin menyala untuk beberapa ketika bagi menghilangkan bau asap tadi.

2. Masukkan serbuk kopi ke dalam bekas habuk rokok. Hasilnya, tidak ada bau asap rokok kerana puntung rokok yang dibuang akan bertindak balas dengan habuk rokok di dalamnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 220210

JARUM JAHIT TIDAK PATAH

Rendamkan semua jarum ke dalam bekas yang berminyak selama sehari. Selepas itu, barulah digunakan. Insyaallah jarum tidak akan patah.


KESAN KOTORAN PADA SETERIKA

Gosokkan seterika yang panas di atas sehelai daun pisang. Hasilnya, seterika akan dapat digunakan semula dengan licin dan sempurna.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 150210

MELANCARKAN PERJALANAN ZIP

1. Gosokkan lilin pada zip dan ia akan kembali elok.

2. Taburkan bedak ke atas zip yang rosak. Lakukan beberapa kali sehingga zip tersebut elok.


KASUT SEKOLAH BASAH

Cuaca hujan dan tidak menentu mungkin menyebabkan kasut sekolah yang dibasuh lambat kering. Ada cara mudah yang boleh anda cuba. Masukkan gumpalan kertas surat khabar ke dalam kasut sehingga padat. Kemudian letakkan di belakang atau di bahagian bawah peti ais ( bahagian luar ).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 080210

MENGHILANGKAN KARAT PADA PAKAIAN

1. Gosokkan limau nipis pada pakaian yang terkena karat. Rendam dalam air yang dibubuh sedikit garam kemudian basuh seperti biasa.

2. Sapukan sabun mandi hingga menutupi kawasan yang berkarat. Perahkan limau nipis atau limau kasturi. Biarkan seketika dan basuh dengan air sabun.

3. Tenyeh buah belimbing buluh yang masak pada bahagian yang terkena karat tersebut. Ulang beberapa kali.

4. Taburkan sesudu cuka makan dan sedikit garam di bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan satu jam dan basuhs ehingga karat tertanggal.


MENGURANGKAN ASAP PELITA

Untuk mengurangkan asap hitam dan berjelaga, celupkan sumbu ke dalam cuka selama lima minit. Setelah itu, barulah dimasukkan ke dalam lubang pelita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 260110

MENGHILANGKAN KESAN DAKWAT

1. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosokkan pada tangan. Biarkan seketika kemudian basuh seperti biasa.

2. Picitkan penyembur rambut pada pakaian. Biarkan kering sebentar, kemudian sapukan air bercampur cuka, selepas itu basuhlah seperti biasah.

3. Ambil sedikit cuka makan, titikkan pada bahagian yang terkena dakwat dan gosok. Dakwat akan hilang dengan mudah.

4. Bancuh 3 sudu susu sedikit air. Biarkan pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat ke dalam bancuhan selama 20-25minit. Basuh dan bilas seperti biasa.


MENGHILANGKAN KESAN GINCU

Gosokkan syampu di tempat terkena gincu sehingga kesannya tertanggal. Selepas itu, bilaslah dengan air hingga bersih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 250110

ACUAN KUIH ROS TIDAK MELEKAT

Ada yang memanggilnya kuih ros, ada pula kuih goyang. Rendamkan acuan ke dalam air asam jawa ataupun asam limau semalaman. Jangan basuh acuan tersebut sebelum digunakan. Hasilnya, selain tidak melekat, kuih ros juga akan kelihatan cantik.

PAKAIAN TERKENA CAT

Jika pakaian anda terkena cat, jangan dibuang. Cuba dahulu petua ini. Rendamkan pakaian bersama minyak tanah selama beberapa jam, kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 190110

MERANGUPKAN JERING TUA

Tanam jering tersebut ke dalam tanah dan biarkan selama 3 hari dan barulah dikeluarkan. Jering akan berasa rangup apabila dimakan.

ELAKKAN BUAH-BUAHAN MENJADI LEBAM
Buah-buahan yang telah dipotong mudah menjadi lebam. Untuk mengelakkannya, perahkan sebiji limau ke atas buah-buahan tersebut dan hasilnya buah-buahan akan nampak segar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 180110

HALIA ATAU KUNYIT TAHAN LAMA

Halia atau kunyit yang tidak disimpan dengan baik akan cepat kering jika disimpan di dalam peti sejuk atau busuk jika dibiarkannya di luar. Cara mudah untuk mengelakkannya, masukkan halia atau kunyit ke dalam plastik terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

MENYEGARKAN BIJI PETAI

Anda penggemar petai? Tak kiralah jika dia berbau kerana keenakannya tidak boleh dinafikan apatah lagi dimakan bersama sambal belacan mahupun dibuat sambal. Cara mudah untuk menyegarkan biji petai, kupas petai dan rendamkan semalaman di dalam air garam dan simpan dalam peti sejuk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 120110

MENGELAKKAN MINYAK MEMERCIK KELUAR

1. Carik-carikkan daun pisang dan masukkan ke dalam kuali. Setelah daun tersebut kering dan hangus bolehlah dibuangkan, barulah anda boleh mula memasak.

2. Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah panas, kemudian barulah menggoreng.

3. Ataupun cara lebih mudah, masukkan sedikit hirisan bawang merah ke dalam minyak sebelum menggoreng.


BUAH CEPAT MASAK

Untuk memeram buah-buahan seperti ciku, betik, kuini dan bacang agar cepat masak, masukkan buah tersebut di dalam timbunan beras. - Juliyana Hussain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 110110

MENGHINDARKAN DAGING CEPAT BERBAU

Basuh daging hingga bersih kemudian masukkan ke dalam bekas plastik. Simpan dalam peti sejuk dan keluarkan hanya apabila diperlukan dan bungkus semula dengan baik.

MENGHILANGKAN KERAK

Masukkan sebiji bawang besar ke dalam periuk yang berkerak dan rebuskan dengan sedikit air. Kerak akan tertanggal dengan mudah.

Rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya. - Juliyana Hussain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 050110

TERKENA MINYAK ATAU AIR PANAS

1. Gosokkan bahagian yang terkena air panas tersebut dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

2. Kacau sebiji telur, kemudian sapukan pada tempat yang terkena panas dengan menggunakan kapas. Apabila kering, sapukan kembali.

3. Sapukan getah pelepah pisang ke bahagian yang melecur, sapukan dengan rapi dan merata. Jauhkan bahagian yang melecur daripada terkena air kerana ia akan menyebabkan bahagian tersebut melepuh.

4. Tampalkan sesudu kopi serta merta ke bahagian yang melecur. Anda akan merasa pedih sedikit. Selepas 10 minit barulah dibersihkan. Anda akan dapati kulit anda tidak melepuh.

5. Ambil kapur sireh dan oleskan ke bahagian yang melecur. Setelah kering, sapukan lagi. Anda akan terasa sejuk dan selesa tanpa meninggalkan parut.

6. Sapukan sedikit lendir daun lidah buaya. Sapukan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat.

7. Selain itu, cara paling mudah sapukan kawasan yang melecur tersebut dengan ubat gigi serta merta selepas terkena minyak atau air panas.

Selamat mencuba! - Juliyana Hussain


BENGKAK AKIBAT TERJATUH

Anda boleh cuba petua mudah ini, campurkan asam jawa dan garam dengan sedikit air kemudian sapukan pada tempat yang benjol atau bengkak. Insyaallah, dalam beberapa minit, bengkak akan susut. Bagaimanapun, jika bengkak yang dialami serius, teruslah dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan.

Selamat mencuba! - Juliyana Hussain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS