Santan Lazatkan Tauhu Goreng


Bagaimana agaknya untuk melazatkan tauhu goreng? Ada yang suka menjamahnya dengan cicahan kicap. Bagi melazatkan tauhu goreng, campurkan sedikit serbuk perasa ke dalam santan. Rendamkan tauhu di dalam santan. Biarkan selama 10 minit. Tos dan kemudian goreng seperti biasa. Pasti lazat!

Disediakan oleh: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Tidak Mudah Pecah



Puding sering tidak menjadi? Ada petua mudah untuk anda cuba agar puding tidak mudah pecah. Caranya, ketika memasak puding, sebelum agak pekat, masukkan tiga ketul gula batu. kemudian masaklah seperti biasa. Selamat mencuba!

Disediakan oleh: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MERASA GARAM DALAM MASAKAN


Memasak dalam bulan Ramadan pasti mencabar. Namun jangan risau kerana ada cara mudah untuk anda mengetahui bahawa anda telah memasukkan garam secukupnya atau sebaliknya. Caranya, letakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah tidak meleleh, menandakan masakan anda sudah cukup masinnya. Tetapi jika jari terasa perit, bermaksud masakan anda terlebih garamnya.

Disediakan oleh: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TELUR REBUS SENANG DIKUPAS

Telur, jika tidak dikupas dengan betul pasti akan terkoyak bersama dengan isinya. Untuk mendapatkan telur yang mudah dikupas, apa kata cuba dua petua mudah ini.

i. Merebus telur dengan cuka.
ii. Rendam telur yang telah direbus ke dalam air.

Pasti mudah mengupasnya.

Disediakan oleh: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HILANGKAN LENDIR BENDI


Ada yang kurang menggemari lencir bendi. Bagaimana cara untuk menghilangkannya? Cuba petua ini. Masak bendi seperti biasa tetapi sebelum diangkat, masukkan asam keping ke dalam masakan. Selepas itu, ambil asam keping tersebut dan buangkannya.

Disediakan oleh: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERBELI IKAN YANG SUDAH BERBAU


1. Tumbuk kunyit hidup hingga lumat dan lumurkan pada ikan.

2. Kemudian rebus ikan tadi bersama daun kunyit.

3. Hasilnya bukan sahaja hilang bau, tapi lebih enak jadinya.

Disediakan oleh: Epy UKM
Penerbit: Julia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MELEMBUTKAN AYAM TUA


1. Masukkan seruas tebu ketika sedang memasaknya. Atau, bunjutkan satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa atau kain putih. Masukkan bunjut tersebut ke dalam periuk semasa memasaknya.

2. Carik-carikkan daun pisang abu. Kemudian masukkan ke dalam masakan tersebut.

3. Potong ayam dalam bahagian yang kecil. Selepas itu, rebus dengan air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan bolehlah dimasak ayam tersebut. Dan bolehlah dimasak ayam tersebut.

4. Kisarkan sepotng buah nanas sehingga halus. Kemudian perapkan dengan ayam yang sudah dipotong seama 15 minit. Selepas itu, barulah dibersihkan ayam tersebut dan masak seperti biasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS