Showing posts with label Ps Jan10. Show all posts
Showing posts with label Ps Jan10. Show all posts

Petua Suri - 260110

MENGHILANGKAN KESAN DAKWAT

1. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosokkan pada tangan. Biarkan seketika kemudian basuh seperti biasa.

2. Picitkan penyembur rambut pada pakaian. Biarkan kering sebentar, kemudian sapukan air bercampur cuka, selepas itu basuhlah seperti biasah.

3. Ambil sedikit cuka makan, titikkan pada bahagian yang terkena dakwat dan gosok. Dakwat akan hilang dengan mudah.

4. Bancuh 3 sudu susu sedikit air. Biarkan pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat ke dalam bancuhan selama 20-25minit. Basuh dan bilas seperti biasa.


MENGHILANGKAN KESAN GINCU

Gosokkan syampu di tempat terkena gincu sehingga kesannya tertanggal. Selepas itu, bilaslah dengan air hingga bersih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 250110

ACUAN KUIH ROS TIDAK MELEKAT

Ada yang memanggilnya kuih ros, ada pula kuih goyang. Rendamkan acuan ke dalam air asam jawa ataupun asam limau semalaman. Jangan basuh acuan tersebut sebelum digunakan. Hasilnya, selain tidak melekat, kuih ros juga akan kelihatan cantik.

PAKAIAN TERKENA CAT

Jika pakaian anda terkena cat, jangan dibuang. Cuba dahulu petua ini. Rendamkan pakaian bersama minyak tanah selama beberapa jam, kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 190110

MERANGUPKAN JERING TUA

Tanam jering tersebut ke dalam tanah dan biarkan selama 3 hari dan barulah dikeluarkan. Jering akan berasa rangup apabila dimakan.

ELAKKAN BUAH-BUAHAN MENJADI LEBAM
Buah-buahan yang telah dipotong mudah menjadi lebam. Untuk mengelakkannya, perahkan sebiji limau ke atas buah-buahan tersebut dan hasilnya buah-buahan akan nampak segar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 180110

HALIA ATAU KUNYIT TAHAN LAMA

Halia atau kunyit yang tidak disimpan dengan baik akan cepat kering jika disimpan di dalam peti sejuk atau busuk jika dibiarkannya di luar. Cara mudah untuk mengelakkannya, masukkan halia atau kunyit ke dalam plastik terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

MENYEGARKAN BIJI PETAI

Anda penggemar petai? Tak kiralah jika dia berbau kerana keenakannya tidak boleh dinafikan apatah lagi dimakan bersama sambal belacan mahupun dibuat sambal. Cara mudah untuk menyegarkan biji petai, kupas petai dan rendamkan semalaman di dalam air garam dan simpan dalam peti sejuk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 120110

MENGELAKKAN MINYAK MEMERCIK KELUAR

1. Carik-carikkan daun pisang dan masukkan ke dalam kuali. Setelah daun tersebut kering dan hangus bolehlah dibuangkan, barulah anda boleh mula memasak.

2. Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah panas, kemudian barulah menggoreng.

3. Ataupun cara lebih mudah, masukkan sedikit hirisan bawang merah ke dalam minyak sebelum menggoreng.


BUAH CEPAT MASAK

Untuk memeram buah-buahan seperti ciku, betik, kuini dan bacang agar cepat masak, masukkan buah tersebut di dalam timbunan beras. - Juliyana Hussain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 110110

MENGHINDARKAN DAGING CEPAT BERBAU

Basuh daging hingga bersih kemudian masukkan ke dalam bekas plastik. Simpan dalam peti sejuk dan keluarkan hanya apabila diperlukan dan bungkus semula dengan baik.

MENGHILANGKAN KERAK

Masukkan sebiji bawang besar ke dalam periuk yang berkerak dan rebuskan dengan sedikit air. Kerak akan tertanggal dengan mudah.

Rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya. - Juliyana Hussain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS