Petua Suri - 271009

HILANGKAN BAU PETI SEJUK

Cara mudah dan murah untuk menghilangkan bau peti sejuk, ambil sekeping roti dan letakkan di dalam peti sejuk untuk menyerap segala bau dalam peti sejuk.


PULUT NAMPAK BERKILAT

Sebelum merebus pulut, rendamkan terlebih dahulu ke dalam air kelapa selama sejam. Hasilnya, pulut akan nampak berkilat dan menarik ketika dihidangkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 261009

MELAZATKAN SAMBAL TUMIS


1. Tambahkan sedikit santan pekat dan madu ke dalam sambal yang sedang ditumis. Patinya sambal tumis lebih enak.

2. Perahkan dua biji limau kasturi ke dalam sambal tumis yang sedang mendidih. hasilnya sambal tumis lebih enak dan lebih merah warnanya.


SANTAN TAHAN LAMA

1. Perah kelapa dengan menggunakan air masak. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan sedikit garam. Masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak. Biarkan sejuk dan Simpan di tempat kering.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 201009

CARA MENYIMPAN UDANG

Udang jika tidak disimpan dengan betul akan cepat busuk dan meninggalkan bau yang kurang enak. Cuci udang sehingga bersih dan sejatkan airnya. Gaulkan udang dengan sedikit gula dan simpankan udang dalam bekas yang tertutup rapat.

HINDARI BAU BUSUK KULIT UDANG

Siramkan kulit udang dengan air panas kemudian barulah dibungkus dan diikat ketat sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 191009

MENGURANGKAN MASIN IKAN KERING


1. Bungkuskan ikan masin dalam surat khabar kemudian rendam dalam air selama 5 minit. Insyaallah ikan masin akan sesedap rasa.

2. Rendam ikan masin dalam air beras, kemudian basuh dengan air biasa sebelum dimasak atau digoreng.


CARA MENYIMPAN IKAN PEKASAM

Masukkan beberapa helai daun nangka ke dalam bekas berisi ikan pekasam. Cara mudah ini dapat menghindari ikan pekasam daripada dihinggapi lalat yang boleh mencemar dan merosakkan ikan pekasam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 131009

HILANGKAN KUNING KUNYIT PADA TANGAN


Ambil sesudu teh kapur dan sapukan pada tangan anda, Selepas itu basuhlah dengan sabun dan cucilah dengan air biasa.


MENGENAKKAN IKAN KERING GORENG


1. Untuk mengelakkan ikan kering hancur ketika digoreng, Lumurkan sedikit tepung sebelum digoreng. Hasilnya ikan kering akan lebih enak dan lemak.

2. Masukkan perahan limau ketika merendam ikan kering, kemudian masukkan beberapa helai daun kari. Ikan kering akan lebih wangi dan enak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 121009

AYAM PANGGANG CEPAT MASAK


Sebelum memanggang, perap ayam terlebih dahulu kemudian rebus ayam bersama bahan rempah sehingga separuh masak barulah dipanggang.


AYAM GORENG YANG ENAK



1. Perapkan ayam dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk, selama sejam. Gaulkan bersama bancuhan tepung beras bercampur secubit garam. Ketika menggoreng, masukkan sekali tiga keping asam gelugur dan goreng ayam sehingga garing.

2. Perapkan ayam dengan serbuk bawang putih bercampur perasa secukupnya. Selepas itu kukus atau rebus( setengah masak) dengan air yang sedikit. Angkat dan toskan kemudian barulah digoreng.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 061009

HILANGKAN HANYIR HATI AYAM


Bersihkan hati ayam dengan tepung gandum. Setelah dibersihkan dengana air, Gaulkan pula dengan gula pasir dan perap selama 10 minit.


MASAKAN TIDAK MELEKAT PADA KUALI


Sebelum menggoreng ikan, ayam atau tauhu, taburkan dahulu sedikit garam dalam minyak yang panas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS