Petua Suri - 241109

HILANGKAN KEBAS KAKI


Jika anda duduk dalam jangka masa terlalu lama, mungkin ada yang mengalami kebas kaki atau semut-semut. Untuk cepat menghilangkan kebas kaki, ambil duit syiling dan kepitkan di antara jari pada kaki yang kebas. Insyaallah kebas akan hilang dalam masa yang singkat.


MENYIMPAN ALATAN YANG MUDAH KARAT

Basuh peralatan dengan bersih kemudian jemur di tempat panas. Sapukan dengan minyak rata-rata terlebih dahulu sebelum disimpan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 231109

JIKA KASUT BERBAU



Kaki yang sering berpeluh akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Bukan sahaja anda tetapi rakan-rakan sekeliling mungkin. Anda boleh cuba petua mudah ini untuk menghilangkan bau pada kasut. Taburkan serbuk kopi ke dalam kasut dan biarkan semalaman. Cucilah seperti biasa pada keesokan harinya. Sebelum itu, pastikan kasut anda tahan lasak dan boleh direndam atau dibasuh.

MENANGGALKAN PELEKAT



Jika membeli barangan kaca seperti gelas atau pinggan mangkuk, pastinya sukar untuk menanggalkan label yang digamkan. Cara mudah, ambil kain dan sedikit penanggal cat kuku lalu gosoklah pada barangan kaca yang terlekat label tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 171109

MENJAGA PARANG



Sebelum menyimpan parang, anda hendaklah mencuci parang tersebut dengan bersih terlebih dahulu. Kemudian, sapukan minyak kelapa pada mata parang di kedua-dua belah bahagian.


HILANGKAN MENDAPAN PADA CEREK



Didihkan campuan air dan cuka yang sama kuantitinya ke dalam cerek. Lihatlah kesannya. Pasti anda puas hati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 161109

IKAN KELI GORENG TIDAK BERMINYAK



bagi mengelakkan ikan keli goreng berminyak, masukkan dua sudu tepung gandum ke dalam minyak yang telah cukup panas. Kemudian, goreng ikan keli seperti biasa. Ikan bukan sahaja tidak berminyak seperti selalu malahan lebih rangup dan garing.


TEMPOYAK TAHAN LAMA



Tempoyak memang sedap bagi mereka yang beminat. Untuk tempoyak tahan lama, masukkan beberapa tangkai cili api ke dalam bekas menyimpan tempoyak. Gaulkan agar sebati dan tutup rapat penutup bekas tersebut. Tempoyak akan tahan selama setahun tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti ais.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 101109

MENGHILANGKAN MINYAK PADA KAIN

Pening bila kain terkena minyak dan meninggalkan kesan? Petua mudah untuk menghilangkannya. Basuh kain dengan air sabun. Perah dan jemur sehingga kering. Kemudian bilas semula dan anda akan nampak perubahan pada kain tersebut.




MENANGGALKAN LILIN DARI BEKAS

Cuba masukkan bekas tersebut ke dalam peti sejuk selama beberapa jam. Cairan lilin yang membeku itu akan lekang daripada bekas dan memudahkan anda untuk menanggalkannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 091109

PETUA HILANGKAN SERAK

1. Ramas sebuku asam jawa dengan segelas air sejuk. Embunkan semalaman atau masukkan ke dalam peti sejuk. Minumlah dua kali sehingga serak hilang.

2. Kisar dua biji bawang yang telah dibuang kulit sehingga hancur. Tapiskan air dan diminum sekadar tiga sudu besar. Minum dua kali sehari selama dua hari berturut-turut.


MENGHILANGKAN KESAN TAHI LALAT

Rendamkan pakaian ke dalam air yang bercampur dengan cuka semalaman. Esoknya cucilah dengan sabun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Suri - 031109

MENGHILANGKAN KESAN KUNYIT PADA LESUNG BATU

Goreng sedikit beras kemudian tumbuk di dalam lesung hingga halus. Kesan kunyit akan melekat pada beras dan hilang.



MENGHILANGKAN KRIM KEK PADA PINGGAN


Pinggan atau bekas yang terkena krim kek hendaklah disiram terlebih dahulu dengan air panas. Setelah itu, cucilah seperti biasa dengan air dan sabun

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS